|
Where am I now? Lawlink > Anti-Discrimination Board > Publications > Malay: What can I do if I have been discriminated against in New South Wales?
|
Print page
|
Malay: What can I do if I have been discriminated against in New South Wales?
Apakah anda telah memperlakukan secara tidak adil atau didiskriminasikan?
Beberapa jenis perlakuan yang tidak adil (diskriminasi) melanggar undang-undang
Berikut ini beberapa contoh:
- Orang di tempat kerja mengetawakan anda kerana pelat anda.
- \Majikan memecat anda kerana anda sedang hamil.
- Seseorang enggan menyewakan rumah kerana bangsa anda, atau kerana anda mempunyai anak, atau kerana anda belum kahwin.
- Seseorang di tempat kerja menyentuh tubuh anda di luar kehendak anda, atau menyebutkan hal-hal lucah kepada anda yang anda kurang suka.
- Seorang pekedai enggan melayani anda kerana anda berasal dari negara lain.
- Majikan memecat anda kerana mengambil cuti untuk menjaga anak anda yang sakit.
Siapa yang dapat membantu
Lembaga Anti-Diskriminasi [Anti-Discrimination Board] mungkin dapat membantu jika seseorang memperlakukan anda secara tidak adil (mendiskriminasikan anda) kerana:
- bangsa, warna kulit, bahasa, pakaian agama atau pelat anda
- jantina anda (kerana anda seorang wanita atua lelaki)
- kehamilan
- umur anda
- kecacatan (kecacatan fizikal, intelek, psikiatri, atau pembelajaran, atau penyakit)
- status perkahwinan anda (kerana anda telah kahwin, belum kahwin, mempunyai pasangan de facto, telah berpisah, seorang janda/duda atua telah bercerai)
- kehomoseksualan (kerana anda seorang lelaki atau wanita homoseksual)
- status jantina lawan (kerana anda hidup, atau ingin hidup sebagai seorang anggota jantina yang berlawanan dengan jantina lahir anda)
- tanggungjawab anda dalam menjaga anak atau ahli keluarga.
Lembaga Anti-Diskriminasi mungkin juga dapat membantu anda jika seseorang mempunyai kelakuan:
- yang anda tidak inginkan
- yang menyinggung, memalukan atau menakutkan anda
- yang sama ada bersifat seksual, atau ditujukan kepada anda kerana sebarang sebab lain (seperti bangsa dan jantina anda) yang disenaraikan di atas
Ini dikenali sebagai gangguan dan juga melanggar undang-undang
Sila menghubungi Lembaga Anti-Diskriminasi pada nombor telefon:
- Sydney (02) 9268 5544
Newcastle (02) 4926 4300
Wollongong (02) 4224 9960
atau bebas tol 1800 670 812.
- Mesin teletaip (TTY) pada nombor (02) 9268 5522 untuk orang yang tuli atau mempunyai kekurangan pendengara
- Perkhidmatan Penterjemahan dan Jurubahasa [Translating and Interpreting Service] untuk jurubahasa telefon 131 450
Atau berbincanglah dengan pekerja masyarakat tempatan anda.
|
|